Mangga

Cari Di Sini

Tagline S-M-P: "Membawa anda menyaksikan kisah-kisah hebat saintifik, misteri, dan paranormal di serata dunia."

Monday, January 10, 2011

Buaya berwarna oren WUJUD di Florida?



Pernah tak anda melihat atau mendengar "buaya" atau "aligator" yang berwarna oren di mana2?

Mungkin anda belum pernah melihatnya.

Untuk melihatnya sila skrol ke bawah.





Gambar buaya oren yang diambil pada Rabu lepas.

Laporan dari Kosmo yang memetik berita dari Agensi, melaporkan seorang nenek yang bernama Sylvia Methen telah merakamkan gambar seekor buaya yang berwarna oren di Sorrento Woods, Venice (di negeri Florida, Amerika Syarikat).


Menurut nenek yang berusia 74 tahun itu, dia merakamkan gambar itu dan mengirimnya kepada cucunya agar dia dianggap antara nenek yang hebat di negeri Florida itu.

Selain dia, Phillip Crosby juga telah menyaksikan kelibat haiwan berwarna oren itu. Berita itu turut dilaporkan oleh 3News/AP di laman webnya.

Apa pendapat anda tentang "buaya oren" ini? Sebab ada yang berpendapat ia sebenarnya merupakan buaya yang terkena cat, kotoran, atau "iron oxide" atau unsur2 lain yang mengubahnya menjadi oren.

Benarkah PENDAPAT itu? Untuk itu.... MISTERI itu perlu dirungkai untuk membongkar keadaan yang sebenarnya.

Mungkin dengan menangkap dan mengkaji kulit pada buaya itu. Siapa tahu?...


Di bawah ialah laporan dari laman web 3News mengenai buaya oren ini: 

Orange alligator spotted in Florida

An orange alligator photographed in South Florida is raising questions about its bizarre pigment.

Sylvia Mythen snapped the photo of the gator sunning beside a neighbourhood canal in Venice.

The picture ran on TV after she shot it Wednesday and caused a buzz.

Experts with the Florida Fish and Wildlife Conservation Commission have scrutinised the photo and say the colour is not genetic.

"The official opinion from our alligator experts is that this is alligator is not naturally orange," says Gary Morse, Florida Fish and Wildlife official.

"We believe it's orange from paint, stain, iron oxide or some other element in the environment that has left a coating on the animal, making it appear orange."

Iron oxide is better known as rust.

A local university's football team colours are blue and orange, so it could just be a student prank.


Di bawah ini pula dari KOSMO:

Buaya berwarna oren

 

MIAMI, Amerika Syarikat - Gambar seekor buaya berwarna oren dirakamkan di Sorrento Woods, Venice di sini berhampiran rumah seorang nenek, Sylvia Methen baru-baru ini.

Menurut Methen yang berusia 74 tahun, dia tidak menyangka dapat melihat buaya tersebut semasa pulang dari tempat kerja.

"Saya menganggap ia (haiwan itu) hebat. Saya merakamkan gambar dan menghantarnya kepada cucu saya supaya mereka menganggap saya salah seorang nenek yang hebat di Florida," katanya.

Bukan dia sahaja dapat melihat seekor buaya itu tetapi seorang lagi saksi, Phillip Crosby turut melihat haiwan tersebut.
"Haiwan itu berjemur di atas simen," katanya.

Menurutnya, dia dapat melihat buaya itu dari dalam keretanya.
"Haiwan itu memang berwarna oren. Kulitnya berwarna oren," kata Crosby.
Namun, pakar-pakar hidupan liar yang meneliti gambar itu menyatakan haiwan berkenaan dipercayai berwarna oren kerana ia terkena bahan mengandungi warna tersebut. - Agensi

MISTERI: Pohon pisang berbuah "nenas" dan "berdarah"



POHON pisang dibalut dengan kain berwarna putih bagi mengelak ia ditusuk orang ramai yang mahu melihat cecair berwarna merah di Bojonegoro semalam.


Kisah mengenai pokok pisang berdarah ini telah lama saya saksikan dan dengar sejak kecil lagi.

Ada antara pokok2 pisang tertentu sering dikaitkan dengan kisah2 misteri dan paranomal seperti tusukan padanya dapat memperlihatkan darah.

Ada yang menganggap darah yang terdapat pada pokok pisang itu ialah darah milik entiti "MISTIK" atau "PARANORMAL" yang berada di dalamnya.

Apakah ia? Anda PASTI mengetahuinya!!

Kini, kisah ini juga dapat diikuti di Indonesia, kerana sebuah rumah di Bojonegoro, Jawa Timur memiliki sebatang pokok pisang yang berbuah nenas dan mengalirkan darah apabila ditusuk dengan benda tajam. Berita MISTERI, MISTIK, dan PARANORMAL yang GEMPAK ini, kini sedang hangat menjadi buah mulut oleh masyarakat di sana.

Kehangatannya telah menyebabkan akhbar2 di Indonesia melaporkannya di akhbar2 mereka.


Kisah ini turut dilaporkan pada hari ini oleh akhbar Kosmo yang memetik berita dari Agensi.


Untuk laporannya sila ikuti lampiran di bawah:


Pohon pisang keluarkan 'darah'



JAKARTA - Sepohon pisang di Bojonegoro, Jawa Timur Indonesia mengeluarkan buah yang kelihatan seperti nenas manakala pohonnya mengeluarkan cecair berwarna merah seperti darah apabila ia ditusuk dengan benda tajam, lapor sebuah akhbar semalam.

"Sudah seminggu rumah saya didatangi ramai orang yang ingin menyaksikan pohon pisang aneh ini," kata pemilik pohon itu, Sutrisno kepada wartawan Detikcom ketika ditemui dirumahnya.

Bahagian tengah pohon itu dibalut dengan kain berwarna putih yang digunakan untuk membalut mayat bagi mengelak orang ramai menusuknya semata-mata untuk melihat cecair berwarna merah keluar.

Menurut Sutrisno, pohon pisang itu tidak menunjukkan sebarang tanda keganjilan apabila ia masih kecil.

Namun, selepas pohon itu membesar, ia mula mengeluarkan buah aneh seperti nanas dan mengeluarkan cecair berwarna merah apabila ditusuk.

Menurutnya, sebulan sebelum pohon pisang itu mengeluarkan cecair berwarna merah, dia bermimpi air telaga di rumahnya melimpah. - Agensi

Credits to Kosmo Online.

Saturday, January 08, 2011

MISTERI -- Ribuan Merpati Jatuh & Mati dari langit pula!! Petanda bagi apa?

Akhbar Kosmo pada hari ini yang memetik berita daripada Agensi melaporkan 8,000 merpati jatuh tiba2 ke tanah dari langit  dan mati, di bandar Faenza, Itali pada Rabu lalu.

 

Kematian itu dipercayai berpunca daripada kekurangan oksigen dan keracunan, namun keputusan makmal belum diketahui ketika itu.

 

Tapi, kejadian2 seperti ini bukan saja berlaku di Itali bahkan berlaku secara berturut-turut sejak akhir2 ini, di negara2 lain.

 

Nampaknya satu per satu kes kematian misteri berlaku di serata dunia sejak akhir2 ini.

 

Apakah maksud di sebalik beberapa kes kematian haiwan2 di serata dunia ini?

 

Semua ini petanda bagi apa? Apakah peristiwa menakutkan yang bakal menyusul nanti?

 

Ikuti  laporan berita di bawah:-

 

8,000 burung merpati jatuh dari langit


SEBAHAGIAN burung merpati yang jatuh dari langit di bandar Faenza, Itali pada Rabu lalu.



FAENZA - Kematian haiwan secara besar-besaran berlaku lagi tetapi kali ini melibatkan 8,000 ekor burung merpati di bandar ini yang terletak di Itali, lapor sebuah akhbar semalam.

Burung itu dipercayai mati disebabkan keracunan atau kekurangan oksigen selain cuaca sejuk.
Haiwan itu jatuh ke tanah dan di atas bumbung rumah serta kereta pada Rabu lalu.

Penduduk di sini menyatakan, bangkai burung merpati itu mempunyai tompok biru pada paruhnya yang dipercayai pakar-pakar sebagai tanda hipoksia atau kekurangan oksigen.

"Burung-burung merpati itu jatuh dari langit satu demi satu dan kemudian dalam kumpulan 10 atau 20 ekor serentak," kata seorang penduduk tempatan.

Keputusan ujian makmal bagi mengenal pasti punca kematian burung-burung merpati itu hanya akan diketahui dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu lagi.

Insiden terbaru itu berlaku selepas dua juta ikan ditemui mati di Teluk Chesapeake, Maryland, Amerika Syarikat (AS) beberapa hari lalu.

Pakar-pakar percaya ikan-ikan itu mati akibat tertekan cuaca sejuk dan pembiakan berlebihan.
Setakat ini, sekurang-kurangnya sembilan insiden kematian besar-besaran haiwan berlaku di seluruh dunia yang antara lain melibatkan 40,000 ekor ketam setan merah mati di Kent, Britain pada Rabu lalu.

Di AS, beribu-ribu ekor bangkai ikan ditemui terapung di sungai Spruce, bandar Port Orange, Florida pada Selasa lepas.

Pada Selasa lalu juga beratus-ratus ekor ikan siakap ditemui mati di perairan New Zealand dengan 50 ekor burung ditemui mati di sebatang jalan raya di bandar Falkoping, Sweden manakala 200 ekor burung ditemui mati di sebuah lebuh raya di Texas, AS .

Di Brazil pula, sebanyak 100 tan metrik ikan sardin, sejumlah ikan keli dan gelama telah ditemui di pesisir pantai Parana. - Agensi

Friday, January 07, 2011

Arkitek cipta simen lut cahaya? Biar betul!!

Di Itali, ada sekumpulan arkitek daripada sebuah firma Itali yang bernama Italcementi telah menghasilkan simen lut cahaya -diberikan nama "i.light".

Ia telah dilaporkan di akhbar tempatan di sana. Ia (simen itu) dikatakan mempunyai puluhan lubang halus yang membolehkan cahaya menembusinya tanpa menjejaskan kekuatan strukturnya.

Sekali gus, ia membolehkan kita, terutamanya bos2 atau usahawan2 mengurangkan kos elektrik yang digunakan pada bangunan2 untuk meneranginya pada waktu siang.

Pada masa ini hanya ada sebuah bangunan dibina dengan simen i.light iaitu Pavilion Itali dalam Ekspo Shanghai, di China pada tahun lalu.

 

Di bawah inilah rupanya bangunan "simen lut cahaya" di dunia!

 


Bangunan bersimen lut cahaya yang dipamerkan di Ekspo Dunia di Shanghai,
China, tahun lalu.

Sampai begini sekali kesan daripada "pemanasan global"??

Beginilah akibat yang akan kita hadapi selalu... hari demi hari, bulan demi bulan... dan tahun demi tahun...

Manusia yang rakus menebang pokok2 dan hutan2 yang telah lama wujud di dunia ini.... menyebabkan Bumi kian hari kian panas dan...

lantas menanggung perubahan iklim serta cuaca yang tak menentu.

 

 Ikuti beritanya di bawah ini....

Trak terperangkap di 'pulau' kecil


BEBERAPA buah trak terperangkap di sebuah 'pulau' selepas sebuah kawasan di Queensland dilanda banjir yang masih belum surut sehingga semalam.



CANBERRA, Australia - Sejumlah trak ditinggalkan di sebuah 'pulau' yang terbentuk akibat limpahan air banjir di negeri Queensland, lapor sebuah akhbar semalam.
Setakat ini, sekitar 11,000 kediaman di bandar-bandar seperti Rockhampton digenangi air bah dengan pihak tentera mengambil alih kawalan.
Banjir yang melanda kawasan timur laut Australia telah menjejaskan kehidupan lebih 200,000 orang. - Agensi

Benarkah cahaya ganjil dekat matahari di bawah ini ialah UFO?

Apa yang anda fikir? Adakah UFO benar2 wujud? Wujudkah makhluk asing dari luar Bumi?



Cahaya ganjil dekat matahari


SATU cahaya (dalam bulatan) seperti bulan yang dirakamkan Jonathan Hudston dekat West Milton di Dorset.



DORCHESTER, Britain -
Seorang lelaki merakamkan gambar cahaya ganjil dekat West Milton, Dorset pada 28 Disember lalu, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Lelaki tersebut, Jonathan Hudston meminta pandangan orang ramai bagi menentukan sama ada cahaya yang dirakamkannya itu merupakan objek terbang tidak dikenali (UFO) atau bulan.

Ada individu yang menghantar komen di akhbar dalam talian Real West Dorset bahawa cahaya itu bukannya bulan tetapi satu pantulan cahaya kerana ia dirakamkan semasa matahari terbenam.

Bagaimanapun, ada individu yang berpendapat bahawa cahaya itu memang merupakan UFO. - Agensi

*Credits to Kosmo Online pada 3 Januari 2010. 

Tagline "Sains-Misteri-Paranormal": 

"Membawa anda menyaksikan kisah-kisah saintifik, misteri, dan paranormal di serata dunia."

Burung dan ikan tiba2 mati!!

Adakah misteri kematian burung2 dan ikan2 dengan tiba2 sebenarnya berpunca daripada "letupan bunga api" atau "perubahan iklim"?


Ikuti berita di bawah ini...

 

Lagi misteri burung, ikan mati


RATUSAN ikan yang mati ditemui di tepi pantai Semenanjung Coromandel, New Zealand pada Selasa lalu.



STOCKHOLM - Kematian ikan dan burung kini merebak selepas penemuan awal 5,000 ekor burung hitam jatuh dari langit secara misteri yang pada teori awalnya disebabkan letupan bunga api di bandar Beeba, negeri Arkansas, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, pada Selasa lalu, bangkai 50 ekor burung ditemui di sebatang jalan raya di bandar Falkoping, Sweden.

Pada hari yang sama juga, kira-kira 200 ekor burung ditemui mati di sebuah lebuh raya di Texas, AS yang tanggapan awal dipercayai dilanggar kereta.

Sebelum ini, lebih 100,000 ekor ikan ditemui mati di Sungai Arkansas, di negeri Arkansas, AS yang dipercayai mati akibat perubahan cuaca pada minggu lalu.

Pada Isnin lalu, gambar yang dirakamkan Jabatan Alam Sekitar Maryland, AS menunjukkan dua juta ekor ikan terdampar di Teluk Chesapeake.

Alasan jurucakap jabatan itu, Dawn Stolzfus menyatakan, ikan itu mati pada minggu lalu disebabkan cuaca sejuk.

Namun apa yang menjadi misteri ialah kenapa ikan itu tidak berenang ke kawasan yang suhunya lebih panas.
Di Brazil, sebanyak 100 tan ikan sardin, sejumlah ikan keli dan gelama telah ditemui di pesisir pantai Parana, berhampiran Nicaragua.

Presiden Persekutuan Koloni Nelayan Parana, Edmir Manoel Ferreira berkata, bangkai-bangkai ikan itu ditemui sejak Khamis minggu lalu.

Beratus-ratus ekor ikan siakap ditemui mati di New Zealand pada Selasa lalu.

Di Britain, sebanyak 40,000 ekor ketam setan merah turut mati di Kent kelmarin.

Sementara itu, beribu-ribu ekor bangkai ikan ditemui terapung di sungai Spruce, bandar Port Orange, negeri Florida pada Selasa lepas.

Terdapat juga golongan yang percaya kematian pelbagai spesies haiwan itu merupakan petanda ketibaan hari kiamat pada 2012 seperti yang diramalkan tamadun kuno Maya di Mexico.

Di Internet pula, heboh mengenai teori konspirasi tentang eksperimen-eksperimen rahsia oleh kerajaan sebagai penyebab fenomena misteri itu.

Setakat ini, saintis-saintis masih melakukan satu siri ujian bagi mengenal pasti punca sebenar pelbagai spesies haiwan itu mati. Keputusan ujian tersebut bagaimanapun, hanya akan diketahui dalam tempoh beberapa minggu lagi. - Agensi


Credits to Kosmo Online pada 7 Januari 2011.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...