Mangga

Cari Di Sini

Tagline S-M-P: "Membawa anda menyaksikan kisah-kisah hebat saintifik, misteri, dan paranormal di serata dunia."

Tuesday, January 18, 2011

UFO singgah kat Menara KL, Selasa lepas!

Nampaknya hari ini ada berita gempak dan mengejutkan dari Kosmo. Sebuah UFO didapati terbang di ruang udara Menara Kuala Lumpur pada Selasa lepas.


Seorang penyelia kanan projek pembinaan di sebuah bangunan yang sedang dibina, berdekatan sebuah hotel di Jalan Ampang baru menyedari gambar yang dirakamnya melalui telefon bimbit (handphone) kawannya rupa2nya terdapat satu objek pelik yang kelihatan seperti UFO.

 

Mula2 dia tak sedar, tapi lepas 4 hari kemudian dia diberitahu oleh kawannya ada benda pelik pada gambar tu, dia teliti gambar tu dan dia dapati apa yang kawan sekerja dia kata tu memang betul.

 

Katanya dia terkejut tengok gambar tu serupa seperti UFO - berbentuk piring dan bujur berwarna hitam.


 

Kat bawah ni petikan laporan berita pada hari ini daripada Kosmo:

UFO lawat Menara KL?


OBJEK terbang yang tidak dikenali atau UFO (dalam bulatan) dirakam di ruang udara Menara Kuala Lumpur pada Selasa lalu.



KUALA LUMPUR - Seorang penyelia kanan sebuah projek pembinaan di sini terkejut apabila mendakwa terlihat satu objek pelik yang dirakamnya melalui telefon bimbit melintasi ruang udara Menara Kuala Lumpur Selasa lalu.

Abdul Jalil Ibrahim, 50, berkata, pada kejadian pukul 7.46 pagi Selasa lalu, dia sedang merakam pemandangan awan dari tingkat 51 sebuah bangunan yang sedang dibina di sebelah sebuah hotel di Jalan Ampang di sini menggunakan telefon bimbit milik kawannya.

"Pada mulanya saya tidak menyedari ada objek pelik seakan-akan UFO (Objek Terbang Yang Tidak Dikenali) di dalam rakaman ini tetapi selepas empat hari, rakan setugas saya beritahu ada benda pelik pada gambar yang saya rakam dengan telefon bimbitnya.

"Apabila diteliti, saya terkejut melihat sebuah objek pelik berbentuk piring dan bujur berwarna hitam di ruang udara Menara KL," ceritanya lagi ketika ditemui Kosmo! semalam.

Bagaimanapun Abdul Jalil berkata, dia tidak dapat mengesahkan apa sebenarnya objek berkenaan walaupun jarak tapak binaan dengan Menara KL hanya sejauh satu kilometer.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...