Mangga

Cari Di Sini

Tagline S-M-P: "Membawa anda menyaksikan kisah-kisah hebat saintifik, misteri, dan paranormal di serata dunia."
Showing posts with label mystery. Show all posts
Showing posts with label mystery. Show all posts

Sunday, January 16, 2011

Burung-burung jatuh dari langit tanda Kiamat? Benar atau tidak?

 

 

Sebelum ini saya ada mengulas serba sedikit dan memaparkan berita-berita tentang burung-burung yang jatuh dari langit, ikan-ikan yang banyak ditemui mati, dan lain-lain lagi. 

 

Pelbagai teori atau pendapat dikemukakan oleh pelbagai pihak seperti pakar dari Jabatan Perikanan dan Akuakultur Universiti Arkansas, pengikut teori konspirasi, ahli akademik dan pengasas yayasan untuk Institut Kajian Gelagat Burung, penduduk-penduduk yang panik, dan para blogger.

 

Antara teori-teori yang diberikan termasuklah burung terlanggar objek terbang yang tidak dikenali (UFO), hujan batu, tekanan akibat bunyi kuat bunga api dan proses teras bumi menyahmagnet. 

 

Namun apa yang ingin ditekankan di sini ialah "teori kiamat" yang dicetuskan oleh para penduduk yang berasa cemas ketika kejadian itu berlaku, terutamanya peristiwa ribuan burung jatuh dari langit dan mati dengan tiba-tiba dan amat menakutkan

 

Begitu juga dengan kematian lebih 100,000 ekor ikan "drum" yang ditemui di sepanjang 32 kilometer di tebing dan permukaan Sungai Arkansas, dekat Ozark. 

 

Tapi, kenapa "cuma" spesies ikan "drum" yang mati dan tidak pula ikan-ikan dari spesies lain?

 

Jadi, adakah ini benar -benar menandakan akan berakhirnya dunia ini? 

 

Benarkah ramalan 2012 oleh kaum Maya di Amerika Selatan akan menjadi kenyataan? 

 

Apapun, tiada sesiapa pun yang dapat meramal hari berakhirnya dunia ini dengan tepat! 

 

Kajian demi kajian sains perlu dijalankan untuk mencari punca-punca sebenar bagi kematian demi kematian misteri haiwan-haiwan di langit dan darat yang terjadi baru-baru ini di serata dunia!


Sekali lagi...MISTERI...tetap MISTERI!  
Sehinggalah ia TERBONGKAR suatu masa nanti! 

 

 

Berikut ialah rencana ulasan wartawan Kosmo:

 

Teori serangan UFO





PADA malam itu, beberapa detik sebelum menjelang tahun baru 2011, beribu-ribu ekor burung blackbird jatuh bak hujan hitam di pekan kecil Beebe yang terletak di negeri Arkansas, Amerika Syarikat (AS).
Dianggarkan lebih 5,000 burung hitam bersayap merah jatuh dari langit dan bertaburan di atas jalan, bumbung dan halaman rumah di kawasan seluas 731 meter persegi. Di sesetengah kawasan, tanah bertukar menjadi gelap.

Penduduk setempat yang keluar untuk menikmati pancaran bunga api dan meraikan kedatangan tahun 2011, panik dengan apa yang berlaku dan bergegas memasuki kediaman masing-masing apabila haiwan bertubuh kecil itu mula jatuh di sekeliling mereka.

Ada bangkai yang jatuh mengenai seorang wanita yang sedang berjalan bersama anjingnya manakala seorang lagi terpaksa menggunakan payung untuk melindungi diri.

Seorang penduduk tempatan, Shane Roberts berkata, ia berbunyi seperti hujan batu yang sangat dahsyat di atas bumbung rumahnya.

"Apabila saya keluar, alangkah terkejutnya apabila melihat ketulan-ketulan hitam bertaburan. Apabila saya pergi lebih dekat, ia adalah bangkai burung," katanya yang menyifatkan kematian tersebut sebagai sesuatu yang aneh.

Sementara itu, Penyelia Jabatan Jalan bandar berkenaan, Milton McCullar berkata, ia seperti adegan dalam filem Alfred Hitchcock di mana semua lampu di papan suis kecemasan menyala dan semua orang berada dalam situasi yang mencemaskan.

Kiamat
"Ada penduduk yang panik dan beranggapan dunia hampir kiamat," ujar Ketua Polis tempatan, Ellie Cullum seperti dipetik Mail Online.
Kehadiran ribuan bangkai burung di kawasan kejiranan tersebut diterima sebagai misteri alam.

MISTERI kematian hampir 5,000 burung hitam sayap merah belum dapat dirungkai.



Namun, yang menjengkelkan penduduk setempat ialah apabila pekerja pembersih alam sekitar datang memakai sut kalis api, topi keledar dan topeng gas hanya untuk membuang bangkai burung.

Belum pun reda kes burung jatuh dari langit diperkatakan, pakar pengkaji haiwan di Arkansas bertambah bingung apabila lebih 100,000 bangkai ikan drum ditemui di sepanjang 32 kilometer di tebing dan permukaan Sungai Arkansas, berhampiran Ozark yang terletak kira-kira 200 kilometer dari bandar Beebe.

Anehnya, hanya spesies ikan drum yang didapati mati sedangkan ikan spesies lain masih hidup.
Adakah kejadian aneh ini mempunyai kaitan antara satu sama lain?

Terdapat beberapa teori yang diketengahkan oleh pihak tertentu mengaitkan punca kepada misteri kematian haiwan tersebut.

Antaranya, burung terlanggar objek terbang yang tidak dikenali (UFO), hujan batu, tekanan akibat bunyi kuat bunga api dan proses teras bumi menyahmagnet.

Malah, ada juga pendapat mengatakan kejadian tersebut adalah petanda akan berlakunya kiamat pada 2012 seperti yang diramalkan oleh tamadun kuno Maya di Mexico.

Walaupun ini bukan kali pertama AS berdepan dengan kematian spesies haiwan secara misteri, namun kali ini negara Uncle Sam itu gusar dengan apa yang terjadi.

Seorang pakar dari Jabatan Perikanan dan Akuakultur Universiti Arkansas, Dr. Andrew Goodwin berkata, perubahan drastik antara cuaca sejuk dan panas boleh membuatkan ikan terkejut dan membunuh mereka.
"Faktor yang memberi impak kepada ikan itu ialah perubahan suhu yang ketara," katanya.

DI Arkansas, ikan yang mati adalah daripada spesies drumfish sahaja. Peliknya ikan spesies lain yang ada di sungai sama tidak terjejas.



Dalam laman-laman blog, perdebatan mengenai punca kematian haiwan tersebut juga semakin kerap diperbincangkan.

Kali ini ramai yang mengaitkan kematian haiwan-haiwan Arkansas itu ada kaitan dengan konspirasi chemical trail atau jejak kimia yang sering terjadi di negeri itu.

Menurut seorang pengikut teori konspirasi, Jeff Rense, jejak kimia dapat dilihat seperti jejak asap di udara. Ia kemudian akan melebar dan tetap kelihatan untuk tempoh beberapa jam.

Menurut beberapa pihak yang berfikiran sama dengan Jeff, mereka berpendapat jejak itu adalah bahan kimia yang sengaja disembur oleh kerajaan AS sebagai 'kawalan populasi'.

Ada juga berpendapat bahawa jejak itu adalah eksperimen pengendalian cuaca.
Bagaimanapun, teori itu meragukan kerana belum ada penemuan menyatakan semburan bahan konduktif elektrik yang menjadi sebahagian daripada program senjata super elektromagnetik boleh mengendalikan cuaca terutama pemanasan global.

Dalam sebuah buku terbitan badan pengkaji sains dan angkasa AS, mereka menafikan adanya jejak kimia tersebut sebaliknya menyatakan ia adalah wap air dan kristal ais yang membentuk jejak-jejak asap di udara.
Tidak kurang juga yang mengaitkan bunyi kuat daripada dentuman bunga api menyebabkan burung tertekan serta hilang kawalan navigasi sehingga mengakibatkannya melanggar bangunan dan pokok.
Namun, ahli akademik dan pengasas yayasan untuk Institut Kajian Gelagat Burung, Dan Cristol, menolak dakwaan tersebut.








BANGKAI burung hitam yang menghujani kawasan kejiranan Louisiana mendatangkan panik kepada penduduk setempat.


"Pesta sambutan tahun baru dengan dentuman bunga api berlangsung setiap tahun dan mengapa kejadian sama tidak berlaku sebelum ini?
"Sukar untuk meletakkan punca ke atas bunga api melainkan seseorang telah meniup sesuatu ke dalam sarang burung sehingga menyebabkan haiwan tersebut terpelanting ke udara," jelas Dan.

Di sebalik pendirian sebahagian pakar yang mengaitkan cuaca tidak stabil sebagai punca, profesor Fizik dari New York, Michio Kaku berkata, kematian misteri tersebut kemungkinan besar terjadi akibat hentaman angin laju yang ganas yang menghentam kawanan burung berkenaan.

Walau apa pun teori yang dibahaskan, sehingga kini belum ada lagi pihak yang tampil dengan hasil ujian yang boleh membuktikan punca kematian dua spesies haiwan tersebut.

Kematian haiwan yang direkodkan di Arkansas bukan yang terburuk dalam fenomena misteri ini.
Malah, rentetan daripada apa yang berlaku di Arkansas, jumlah bangkai haiwan ditemui di beberapa kawasan di AS seperti Maryland, Texas, Kentucky, Louisiana serta Florida sangat mengejutkan.

Saturday, January 08, 2011

MISTERI -- Ribuan Merpati Jatuh & Mati dari langit pula!! Petanda bagi apa?

Akhbar Kosmo pada hari ini yang memetik berita daripada Agensi melaporkan 8,000 merpati jatuh tiba2 ke tanah dari langit  dan mati, di bandar Faenza, Itali pada Rabu lalu.

 

Kematian itu dipercayai berpunca daripada kekurangan oksigen dan keracunan, namun keputusan makmal belum diketahui ketika itu.

 

Tapi, kejadian2 seperti ini bukan saja berlaku di Itali bahkan berlaku secara berturut-turut sejak akhir2 ini, di negara2 lain.

 

Nampaknya satu per satu kes kematian misteri berlaku di serata dunia sejak akhir2 ini.

 

Apakah maksud di sebalik beberapa kes kematian haiwan2 di serata dunia ini?

 

Semua ini petanda bagi apa? Apakah peristiwa menakutkan yang bakal menyusul nanti?

 

Ikuti  laporan berita di bawah:-

 

8,000 burung merpati jatuh dari langit


SEBAHAGIAN burung merpati yang jatuh dari langit di bandar Faenza, Itali pada Rabu lalu.



FAENZA - Kematian haiwan secara besar-besaran berlaku lagi tetapi kali ini melibatkan 8,000 ekor burung merpati di bandar ini yang terletak di Itali, lapor sebuah akhbar semalam.

Burung itu dipercayai mati disebabkan keracunan atau kekurangan oksigen selain cuaca sejuk.
Haiwan itu jatuh ke tanah dan di atas bumbung rumah serta kereta pada Rabu lalu.

Penduduk di sini menyatakan, bangkai burung merpati itu mempunyai tompok biru pada paruhnya yang dipercayai pakar-pakar sebagai tanda hipoksia atau kekurangan oksigen.

"Burung-burung merpati itu jatuh dari langit satu demi satu dan kemudian dalam kumpulan 10 atau 20 ekor serentak," kata seorang penduduk tempatan.

Keputusan ujian makmal bagi mengenal pasti punca kematian burung-burung merpati itu hanya akan diketahui dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu lagi.

Insiden terbaru itu berlaku selepas dua juta ikan ditemui mati di Teluk Chesapeake, Maryland, Amerika Syarikat (AS) beberapa hari lalu.

Pakar-pakar percaya ikan-ikan itu mati akibat tertekan cuaca sejuk dan pembiakan berlebihan.
Setakat ini, sekurang-kurangnya sembilan insiden kematian besar-besaran haiwan berlaku di seluruh dunia yang antara lain melibatkan 40,000 ekor ketam setan merah mati di Kent, Britain pada Rabu lalu.

Di AS, beribu-ribu ekor bangkai ikan ditemui terapung di sungai Spruce, bandar Port Orange, Florida pada Selasa lepas.

Pada Selasa lalu juga beratus-ratus ekor ikan siakap ditemui mati di perairan New Zealand dengan 50 ekor burung ditemui mati di sebatang jalan raya di bandar Falkoping, Sweden manakala 200 ekor burung ditemui mati di sebuah lebuh raya di Texas, AS .

Di Brazil pula, sebanyak 100 tan metrik ikan sardin, sejumlah ikan keli dan gelama telah ditemui di pesisir pantai Parana. - Agensi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...